Raspberry Pi: Mengantaramuka Modul Ultrasonik HC-SR04

05/04/2019 0 Comment(s)

Pengenalan

Penderia Ultrasonik HC-SR04 merupakan salah satu komponen masukan. Modul penderia ini kebiasaan digunakan untuk mengesan halangan. Untuk topik pembelajaran kali ini, saya akan fokuskan tentang pemasangan modul penderia ini bersama Raspberry Pi dan pengaturcaraannya.

 

maker phat ultrasonik

 

Bagaimana Penderia Ultrasonik HC-SR04 Berfungsi?

Konsep asas penderia ultrasonik terdiri pemancar ultrasonik, penerima ultrasonik dan juga litar kawalan. Pemancar ultrasonik (seperti bentuk speaker) akan memancarkan frekuensi yang tinggi, dimana akan dipantulkan daripada apa apa objek jitu yang berhampiran. Isyarat yang diterima oleh penerima ultrasonik akan diproses oleh litar pengawal yang akan mengira durasi waktu ketika isyarat dihantar hingga ia dipantulkan kembali kepada penerima ultrasonik. Durasi waktu ini dijadikan rujukan untuk mengira jarak antara penderia Ultrasonik dengan objek yang dikesan itu.

 

Persediaan Perkakasan:

Pembelajaran ini melibatkan perkakasan berikut:

  • Raspberry Pi Zero WH
  • Maker pHAT
  • Micro SD Card
  • Modul Ultrasonik HC-SR04
  • Perintang 1k ohm dan 2k ohm
  • Wayar Jumper

 

Sambungan Litar

 

sambungan litar

 

Contoh pengaturcaraan

Untuk tutorial kali ini, saya akan menunjukkan dua jenis pengaturcaraan yang boleh digunakan keatas penderia Ultrasonik ini bersama Raspberry Pi.

 

1. Mengesan Dan Memapar Jarak

Ini merupakan cara asas untuk membaca bacaan penderia Ultrasonik. Sila pastikan litar telah disambung dengan betul sebelum memulakan program.

 

 

Selepas kod dijalankan, paparan bacaan jarak daripada penderia Ultrasonik akan muncul.

 

 

 

2. Mengesan Dan Mengaktifkan Buzzer Jika Jarak Objek Dekat

Ini pula merupakan kod untuk menggunakan buzzer terbina di Maker pHAT bersama penderia ultrasonik. Buzzer akan berbunyi jika halangan semakin hampir.

 

 

Berikut adalah video bagaimana cara kod ini berfungsi.

 

 

Terima kasih

Kini anda boleh membaca bacaan ultrasonik penderia bersama Raspberry Pi dan Maker pHAT. Teruskan mencuba dan aplikasikan penderia ini bersama projek anda. Untuk sebarang pertanyaan, sila ajukan soalan anda di Forum Teknikal Cytron. Terima kasih.


Rujukan

 

Write a Comment