We still deliver orders as usual. Due to current covid-19 situation, all shipment may experience slight delay.

Raspberry Pi: Mengantaramuka Penderia Modul Suhu DHT22

01/05/2019 0 Comment(s)

Pendahuluan

Hello makers! Seperti biasa sebelum mula anda digalakkan untuk merujuk posting blog sebelum ini bagi menambah lagi pengetahuan asas mengenai Maker pHAT. Untuk tutorial kali ini, kita akan belajar bagaimana cara untuk mengantarmuka Maker pHAT dengan penderia (sensor). 

 

Antara contoh penderia yang boleh di antaramuka dengan Maker pHAT ialah:

  1. Mengantaramuka Penderia Modul Ultrasonic HC-SR04
  2. Mengantaramuka Penderia Modul Suhu DHT22
  3. Mengantaramuka Penderia Modul Suhu DS18B20 (Kalis Air)

Terdapat juga penderia lain yang boleh di antaramuka tidak kira sama ada penderia tersebut memberi isyarat digital mahupun analog. 

 

Jadi tanpa melengahkan masa, tutorial kali ini kita akan belajar bagaimana cara untuk mengantaramuka penderia modul suhu DHT22 dengan Maker pHAT. Mari mulakan!

 

Sebelum kita mulakan, mari mengenali terlebih dahulu apa itu penderia modul suhu DHT22 ini?

 

 

DHT22 ialah sebuah digital sensor yang telah di kalibrasi dan sebenarnya ia mempunyai dua penderia di dalam satu modul. Selain suhu, penderia ini juga boleh mengesan kelembapan.

 

Spesifikasi teknikal 

 

JenisDHT22
Bekalan kuasa3.3 - 6V DC
Isyarat keluaranIsyarat digital melalui single-bus
Julat operasiKelembapan 0 - 100% RH;    
suhu -40 - 80 Celcius
KetepatanKelembapan +-2%RH(Max +-5%RH); suhu <+-0.5 Celsius
Temph penderiaanPurata: 2 saat

 

Persediaan perkakasan

  1. Raspberry Pi Zero WH
  2. Maker pHAT
  3. Breadboard 
  4. DHT22 Temperature and Humidity Sensor
  5. 10K ohm resistor
  6. Jumper wires

 

 

Pin pada DHT22

 

Nota: Seperti biasa sebelum memulakan anda perlu memastikan sambungan dengan Raspberry Pi telah berjaya dilakukan. Jika tidak, anda dicadangkan untuk merujuk posting blog sebelum ini.

 

Kemudian, sambungkan litar seperti gambar rajah di bawah.

 

Litar

Litar

 

Sebelum menjalankan program, pastikan anda menjalankan arahan di bawah terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memasang library yang disediakan oleh Adafruit untuk memudahkan lagi kita menggunakan DHT22. 

 

Muat Turun Library

 

Buka terminal kemudian tulis kod arahan di bawah.

 

 

git clone https://github.com/adafruit/Adafruit_Python_DHT.git
cd Adafruit_Python_DHT

 

Memasang library

 

Kemudian, pasang library dengan menggunakan arahan tersebut.

 

sudo apt-get update
sudo apt-get install build-essential python-dev python-openssl

 

Arahan untuk memasang library.

 

sudo python setup.py install

 

Menguji Library

 

Setelah selesai, kita perlu menguji dahulu sama ada sambungan litar dan juga pemasangan library berjaya atau tidak. Untuk menguji jalankan arahan tersebut.

 

Di dalam direktori Adafruit_Python_DHT, masuk ke dalam direktori examples.

 

cd examples

 

Jalan kod dengan arahan ini.

 

sudo ./AdafruitDHT.py 22 17

 

Penting: 22 selepas nama fail .py merujuk kepada jenis penderia sama ada 11 → DHT11 dan 22 → DHT22. Pastikan ianya di set kan dengan betul. Kemudian, 17 merujuk kepada GPIO pin. Kita akan menggunakan pin 17 yang terdapat pada Maker pHAT.

 

Jika semuanya berjaya, paparan suhu dan kelembapan seperti berikut akan dipaparkan pada python IDLE.

 

Contoh program

 

Jalankan program cuba_penderia.py terlebih dahulu untuk meguji sama ada sambungan anda betul atau salah.

 

cuba_penderia.py

 

 

Hasil keluaran

 

SuhuDanKelembapan.py

 

Hasil keluaran

 

Penerangan ringkas kod 

  1. Setelah kod ini dijalankan, modul DHT22 akan membaca suhu dan kelembapan.
  2. Kemudian, kod ini akan membezakan jika suhu melebihi 31 C, buzzer akan dibunyikan.
  3. Manakala LED pada GPIO pin 19, 13, 12, 25 akan digunakan sebagai indikasi untuk kelembapan seperti berikut:
    • Kelembapan 0-25% LED 25 menyala
    • Kelembapan 25-50% LED 12 menyala
    • Kelembapan 50-75% LED 13 menyala
    • Kelembapan 75-100% LED 19 menyala
              

Video

 

Terima kasih

 

Tahniah! Kini anda mempunyai asas untuk mengantaramuka penderia jenis DHT22 dengan Maker pHAT. Untuk sebarang pertanyaan, sila ajukan soalan anda di Forum Teknikal Cytron

 

Rujukan

  1. https://drive.google.com/file/d/0BzFWfMiqqjyqNVRmYk1udEtOMFk/view
  2. https://www.cytron.io/p-dht22-temperature-and-humidity-sensor
  3. https://tutorials-raspberrypi.com/raspberry-pi-measure-humidity-temperature-dht11-dht22/
  4. https://learn.adafruit.com/dht-humidity-sensing-on-raspberry-pi-with-gdocs-logging/software-install-updated
  5. https://electronicshobbyists.com/temperature-and-humidity-sensor-dht22-raspberry-pi-interfacing/
  6. https://circuitdigest.com/microcontroller-projects/room-temperature-measurement-with-raspberry-pi-lm35
  7. https://www.hackster.io/ahmartareen/iot-temperature-sensor-with-raspberry-pi-2-and-thermistor-7e12db